Saturday, June 28, 2014
Resepi Pekasam Daging
Resepi ini dikongsi oleh Puan Nurul Zafifah Mohd Sahri di group Resepi Ringkas di facebook.
Pekasam daging
Bahan-bahan:
Daging
garam kasar/halus
beras yang telah digoreng tanpa minyak
Sedikit gula merah, asam jawa dan asam keping
Cara - cara memasak :
Potong daging sebesar tapak tangan. Bersihkan daging & toskan air, perah air daging sampai betul - betul kering. Lumurkan daging tu dengan garam biar lebih sikit takpe, masukan daging di dalam bekas yang boleh ditutup dan simpan dalam peti sejuk (bukan bahagian beku ). Biarkan sampai esok.
Kisar beras yang digoreng tanpa minyak sehingga halus. Keluarkan daging dari bekas, selepas tu basuh daging dan toskan. Taburkan sedikit gula dan dan air asam jawa. Kemudian lumurkan separuh beras kisar pada daging tu. Sediakan bekas untuk peram daging selapis daging, taburan beras, garam dan asam keping, buat bersilih ganti sehingga selesai kesemuanya. Tutup ketat-ketat bekas yang digunakan dan simpan dalam peti sejuk bahagian sejuk. Selepas seminggu bolehlah dimasak. Masukan dalam peti ais untuk tahan lebih lama(jangan simpan di tempat yang beku)
CARA MEMASAK:
daging pekasam
bawang besar
Lada merah
Cili padi
Limau kasturi
Sedikit minyak untuk mengoreng
Potong daging pekasam nipis-nipis. Tak perlu basuh daging ni. Goreng dengan sedikit minyak. Bila daging dah masak, masukkan bawang besar, lada dan cili padi yang dipotong. Gaul sampai bawang dan lada layu masak. Angkat, perahkan asam limau. Sedia untuk dimakan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Terima kasih atas perkongsian. Saya mencari resipi ini dah lama di internet, kebanyakannya untuk jualan sahaja. Insya Allah dengan daging korban yang diperoleh saya akan mencubanya.
ReplyDeleteSedapnya. nak cuba. Terima kasih kongsi resepi
ReplyDeleteSedapnya. nak cuba. Terima kasih kongsi resepi
ReplyDeletesedapnya..sis maaf..nak kn kepastian..berapa ketebalan daging itk d potong tu ye?
ReplyDeletemaaf..saya bru nak trg buat resipi ni😅
Ada setengah masuk kan dlm peti.. Ada setengah x masuk Dalam peti.... Mungkin nk elak drp busuk kot... Kita Cuba buat kedua dua resepi berlainan Ini
ReplyDeleteSalam sis npe daging naik cm kulit tpi ok xbau dagingnya bau perkasam
ReplyDelete